Kerana Cinta...
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa merawat duka damai dijiwa
Terpadamlah api benci permusuhan terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pula kerana bercinta kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan..
By: izhan Cerita Hati
Saturday, May 23, 2009
Kerana Cinta
Posted by Izhan at 12:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment