CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 17, 2009

UniKL, Maju naik taraf IPTA dikaji -Berita Harian 17 April 2009

UniKL, Maju naik taraf IPTA dikaji

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) mungkin ditukar statusnya menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam usaha memantapkan pembangunan prasarana dan modal intelektual kedua-dua universiti swasta itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kaedah terbaik dan paling sesuai untuk menukar status UniKL dan Maju sedang dikaji selepas kedua-duanya secara rasmi dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi, kelmarin.

“Kita tidak menolak kemungkinan untuk menukar status dua universiti swasta itu kepada IPTA dalam usaha memastikan pencapaian dalam bidang pengkhususan yang ditawarkan akan dapat dimantapkan lagi.


“Jadi, perkara ini akan diteliti terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat. Yang pasti segala keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan sistem pengajian di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perancangan awal Kementerian Pengajian Tinggi selepas diberi tanggungjawab untuk mengambil alih UniKL dan Maju yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).

Thursday, April 16, 2009

UNIKL Jadi IPTA???


Universiti Kuala Lumpur telah diletakkan dibawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berkuatkuasa 15 April 2009 apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan semalam.
Menurut sumber berita,UNIKL tidak lagi berada dibawah naungan MARA.

Monday, April 13, 2009

Ni BUKTI IZHAN Tidak DiBAR...
















Bukti Jelas Lagi Nyata!! Nak tengok dengan lebih jelas klik pada gambar bukti di atas..Selamat tengok!!

Izhan DIFITNAH?? Kelakar la...

Salam ceria semua..Ni izhan nak kongsi skit...Kelakar betol la...Ada orang fitnah izhan...Tahu tak sape??Hahaha izhan tak nak lah sebut "nama orang tu" sebab korang semua dah bagi tahu kat izhan yang korang dah tahu sape dia orang tu..Bagus nampaknya semua dah tahu so izhan rilex sudah kan..Xde la orang ni kan dia cakap Project Management izhan kene bar...Btol ke?? Haha kelakar betol..Tu fitnah dia je.Memang nama izhan ada kat list tu..Izhan pun terkejut..Bila izhan siasat balik lecturer cakap dia tersilap keep in data.So lepas tu Izhan tanya Dekan and then dia cakap memang tersilap..So lantas dia CLEAR kan balik nama AMIRUL IZHAN bagi subject PROJECT MANAGEMENT.Buat apa nak malu sah2 izhan tak salah.Ye la kan..."Orang tu" xde modal asyik nak cari silap orang je..Silap sendiri yang bertimbun tak nak cari..Kan hodoh perangai tu betol tak?? Betol3 bak kata ipin..Nak tuduh tu siasat la dengan terperinci.So semua satu UNIKL dah tahu sape orang ni kan ter masuk management skali..Apa yang penting kita RILEX SUDAH!! BYE....

Friday, April 10, 2009




















Upload satu gambar kegemaran anda
Kenapa anda suka gambar ini?
Saat paling manis!!! masa ni izhan berjaya menawan puncak gunung Ledang.. Penat siotTtt!! Aku capet bangat!! TAPI!!!!! Dalam perjalanan menuju ke puncak,,,, aku lepak dengan PUTERI GUNUNG LEDANG!! Dapat cakap dengannya!! Cantik Siot!!!

Bila kali terakhir mkn pizza?
Dua minggu lepas masa hujan lebat n tengah buat blog untuk UNIKL arahan dari DEKAN..

Lagu terakhir yg anda dengar?
Lagu Harga Sekuntum Cinta ( IZHAN )
Insaf dengar lagu tu..

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Gayut and buat Project Management..

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Izhan,iz and kaizer!! heheehe ada makna!!

Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!

  1. chomey
  2. zikri The Jalanan Sepi
  3. alia-lili
  4. gadespink
  5. zulkarami
  6. sweet
Siapa no 1 pada anda;
Yang "tersayang" and parent..nak tiga gak walau macam mana pun!!

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
Artis....dirahsiakan nanti ada orang ramai yang benci aku wat baik dengan aku

Kata sesuatu berkenaan org no 5;
Dressing dia jer...

Bagaimana dgn org no 4?
Rilex suda!!

Siapa org no 2?
Orang yang bernombor dua la...

Thursday, April 9, 2009

::: Harga Sekuntum Cinta :::

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA

By IZHAN

Monday, April 6, 2009

Selamat Tinggal Dunia

Assalamualaikum..Disini izhan nak mintak ampun pada semua kalau ada salah dan dosa.Pada mama,abah,adik2,semua family,kawan-kawan dan yang "tersayang" ampunilah daku.....


Selamat tinggal pada dunia

Sejahteralah aku di sampingNya
Selamat tinggal pada semua
Semoga berjumpa di sana

Kenangan dan harapan
Jangan dipersiakan
Bakarlah setanggi jiruskan bidara
Pasakkan kesan rindu di pusaraku

Dan cukuplah kematian
Jadi satu pengajaran
Bukan tangisan bukan ratapan
Darimu yang kuharapkan

Tapi lafaz keikhlasan
Doa tulus berpanjangan
Semaikan taqwa leraikan dosa
Oh sayang merantai jua

Duhai insan dengarlah sedarlah
Kembali segera pada redhaNya mohonlah keampunanNya
Kematian ku ini suatu tanda hidupmu hanya sementara...
Lailahaillallah..............