CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 27, 2009

Kekasih (Pop Nasyid)

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami hatimu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

by izhan CeritaHati

Saturday, October 24, 2009

..Sepetang Di Arab Square..

Hurrmm..penat..hehehe tadi baru je pulang daru Arabic Square.Saje jalan-jalan sebelum final exam..dapat bergambar dengan gadis Arab dan mejamu selera kebab kambing Arab(Shawarma Lamb).Ni antara pic yang sempat disnap!!


I with gadis Arab....

Menu

Daging Kambing dalam kebab Arab(Shawarma Lamb)

View dari luar kebab Arab(Shawarma Lamb)


Brother Arab Sheikh.....sedang memotong daging yang panas

Thursday, October 22, 2009

Kau Yang Satu

Kelabu langit di atasku
Menanti saat hujan turun
Diriku bagai camar terbang
Sepi nantikanmu
Kasih....

Kau yang satu dalam jiwa ini
Tiada lain
Kau yang satu mampu mengasihi
Sangat kasih padaku
Kau satu hanya kau yang satu
Yang mengerti

Ku tahu dan aku mengerti
Dirimu pastikan kembali
Kau satu dan hanya kau
Yang ku nanti
Kasih...

By Izhan Cerita Hati

Thursday, October 8, 2009

Aku Diberi Kepercayaan Jadi MPP Tahun Kedua

Monday, September 21, 2009

ツ Maafkanku Wahai Teman Semua ツ

Sempena Aidilfitri yang mulia dan berbahagia ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diri saya ini.Sesungguhnya saya adalah insan biasa yang selalu melakukan kesilapan dan tidak lari dari kesalahan.Terimalah "Kemaafan Di Aidilfitri" dari ku:

Ada masanya ketika ribut cabaran
Melanda menerjah diri
Pada sekeping hati teralpa jua kita
Pada kelembutan budi pekerti

Ada ketikanya sering kita lupa lagi
Pada halusnya nurani
Terusik persaudaraan tergurislah perasaan
Walau itu bukan maksud dan tujuan

Sampai masaya Aidilfitri bertamu
Di ruang waktu bagai biduk lalu
Di samudera kalbu lalu kiambang
Persaudaraan bertaut semula

Terciptlah kemaafan terukir keampunan
Pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
Takkan lama ianya terpisah
Bertaut di hari raya

Pada nur Aidilfitri yang terus membara
Sinar kemeriahan Syawal pun menyala
Kita raikannya dengan indah bersaudara
Menjadi sebagai tangan kanan kiri dan kanan

Yang sentuhan keduanya saling membersihkan
Kembali kepada fitrah
Kepada ukhuwah kembali seluruhnya
Kepada Allah berkah di hari raya

Maafkan saja segala sengketa lama
Yang membeku dijiwa
Dibulan yang mulia hari yang bahagia
Moga ukhuwah terjalin selamanya..

By izhan CERITA HATI

Sunday, September 13, 2009

Berbuka Puasa Dengan Inteam di Iftar 2009

Masa menunggu waktu berbuka puasa

Kami bersama Inteam dan UNIC..Fitri UNIC tak dapat datang.

Muslimah bersama Inteam dan UNIC.

Sunday, September 6, 2009

Lafaz Yang Tersimpan

Actually kata-kata ni bukan jiwang OK!! Siapa kata jiwang maknanya dia tak berseni..Hanya orang seni sahaja yang dapat merungkai maksud kata-kata dibawah ini..Baca betul-betul dan fahami dengan mendalam dan anda akan tahu apa maksud yang tersirat......


Luluh hatiku yang sayu

Meratap wajahmu tenang dalam lena

Kasih ku zahirkan laku

Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya


Dan raut wajahmu memberkas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu

Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu

Biarpun kuredah seluruh dunia

Mencari gantimu...


Betapa sukarnya menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang

Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah

Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan

Kalimah rahsia...


Masih ku biarkan waktu melarikan lafaz

Kasih ku padamu...


Apakah yang hilang

Andai dilisankan bait penghargaan penuh kejujuran

Tak mungkin terlihat cinta yang merona

Jika hanya renungan mata yang bersuara

Bukan atur kata...


Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir lafaz dihujung helaan

Sebelum mata rapat terpejam

Usah biar kehilangan menggantikan

Lafaz yang tersimpan...


by izhan

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Dariku


Di bulan ramadhan yang mulia
Kurniaan rahmat Allah berganda
Diampun segala dosa-dosa

Dihindari azab siksa

Berpuasa,bersedekah dan bermujahadah
Beriktikaf,bertadarus banyakkan amalan..


Ramadahan bulan yang penuh berkat
Anugerah Allah untuk semua
Dibuka setiap pintu syurga
Ditutupi pintu neraka


Kerahmatan,keampunan dan keredhaan
Keikhlasan,ketulusan dan keharmonian

Keimanan,ketaqwaan serta kehambaan

Menuju membangun hidup yang sempurna


Ramadhan menghampar kedamaian

Kembali kegembiraan insan
Disiang berpuasa malam beribadah
Penuh kesyahduan bertemu ketenangan

Dengan air mata tangis kekesalan
Menginsafi diri semua manusia sama tak berbeza


Pabila terdengar gema takbir
Diiring alun suara tahmid

Mengusik keheningan nur syawal

Bersemarak hari raya

Keriangan,keceriaan dan kegembiraan
Pengorbanan,pengabdian telah dibuktikan
Kemenangan,kejayaan menempuh dugaan

Yang amat bermakna untuk diraikan

Semaikan sifat berkasih sayang

Kepada insan yang tak berupaya

Hulurkanlah bantuan pada yang memerlukan

Sebagai tanda nikmat persaudaraan

Tiap pemberian pasti ada ganjaran

Itulah hikmahnya kita berhari raya
Usah diragui pada rezeki Tuhan
Apa yang diberi dirasai bersama

Bersyukurlah........


P/s: Coretan ikhlas dariku.Semoga ramadhan kali ini memberi seribu erti pada diri anda semua.

Tagged From Chomey!!


1) Copy award dan letak diblog anda
-Dah copy puuunnnn..

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini

-Chomey sangat2..
-Dia ni manja sangat...suka sangat!

-Seorang yang setia.
-Dulu suka biru tapi sekarang....OREN!!

-Ada cermin mata baru!!
-Dia sayang izhan!!

3) Setiap blogger mesti menyatakan seberapa banyak fakta/hobi diri sendiri
-Suka hasilkan lirik dan lagu
-Berkarya temanku dikala kesepian.

-Kesetiaan adalah diriku

-Suka warna oren dan biru.

-Ramai orang cakap aku ni romantik..MESTILAH!! hehehe


4) anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya
-Rifaiee
-Ieda
-Syafiq
-Emie Best
-Ika


Wednesday, August 19, 2009

Saat Di Lautan

Lautan Penawar Cerita Hatiku

Friday, August 14, 2009

Takziah.Perginya Ustaz Asri Rabbani Menemui Yang Khaliq.

Sehening pagi semalam yang kesejukan membungkus sanubariku,aku dikejutkan dengan sms yang menerjah ke skrin telefon bimbitku.Isi yang terkandung dalam sms itu membuatkan aku sebak seketika.Sms itu dikirimkan oleh adik Ustaz Asri vokalis utama kumpulan Rabbani yang menyatakan bahawa Ustaz Asri Rabbani telah kembali ke Rahmatullah.Aku tersentak seketika..Innalillahiwainnalillahirrajiuunn.Orang yang pernah berdamping dengan ku dan orang yang pernah mempersembahkan nasyid bersamaku dia pentas seni telah kembali menemui Yang Khaliq.Salam Takziah ku ucapkan.Pengorbanan beliau dalam memartabatkan nasyid di pentas seni amatlah disanjungi dan dihargai..Ya Allah tempatkanlah rohnya bersama para solihin..AMIINN..

Sunday, August 9, 2009

Keluarkan Bakat Kat Red Box Ria

Hurrmmm...lepas je abis class aku ajak member aku pergi karaoke kat Red Box Ria di SOGO.Lepas tension katakan..Saampai sakit tekak aku nyanyi.Nanti aku nak perform kat kampus plak.Aku nyanyi selamber jerr sebab dah pandai kan( Perrgghh berlagak plak huhu) tapi Rofizan member aku ni macho giler nyanyi..hahaha

Sunday, August 2, 2009

Hanya Takdir ツ

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita disini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Berbunga yang baru berputik
Berguguran disetiap detik
Dimana tanda setia sandaran
Dihimpit derita tiada siapa sedia membela

Biar terbatas langkah tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah semangat membara berapi
Biar tiap ruang darah mengalir perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa penentu segala hanyalah takdir...

p/s: Biar apa pun yang terjadi sesungguhnya ia hanyalah takdir..

Monday, July 27, 2009

Cerita Paling HOT..!!

Haaa....izhan ada cerita hot pada hari ini.Memang sensasi giler la orang cakap.Nak tau tak apa ceritanya?? Ok izhan akan tulis cerita ini dan ada mesti baca sebab ia tersangat HOT!! Berikut adalah ceritanya:

Disebuah pulau kecil yang terletak di pantai Malaysia ada sebuah rumah jagaan khas untuk orang-orang gila seramai 60 orang.Pulau ini dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.Baru-baru ini,rumah khas tersebut telah terbakar tetapi semua penghuni(orang gila) terselamat.Disebabkan kejadian pihak cosultan telah besetuju memindahkan mereka ke sebuah pulau yang lain untuk sementara waktu.Pihak tersebut telah memindahkan mereka dengan sebuah pesawat besar Boieng 567 dan kesemua orang-orang gila tersebut berlepas dari pulau tersebut.Dalam pesawat tersebut,mereka seramai 60 orang itu hanya diawasi oleh 2 orang pilot sahaja.Bayangkan 2 orang nak kawal 60 orang gila apatah lagi 2 orang itu pilot.Dalam perjalanan pesawat menjadi huru-hara dan riuh-rendah disebabkan oleh orang-orang gila tersebut.Ada yang lompat,ada yang gigit pilot,ada yang nak drive pesawat.Hmmm..biasa la orang gila nak buat macam mana kan...Akibat keadaan yang tidak terkawal itu,maka 2 orang pilot itu menjadi tension sehingga pesawat itu kekadang gagal dikawal.Semua mereka tidak dapat dikawal lagi tetapi 1 orang daripada mereka duduk diam dan senyap.2 orang pilot tersebut kehairanan melihat 1 orang dari mereka hanya duduk diam dan nampak macam ok je..Dengan cepat pilot itu memanggil yang duduk diam itu.Apabila ditanya kenapa kamu tak macam kawan kamu yang lain dia menjawab otak aku matang sikit walaupun aku gila tak banyak.Mendengar jawapan itu,pilot tersebut memberi kepercayaan kepada dia untuk mengawal keadaan kawan-kawan dia yang lain.Dalam beberapa minit sahaja keadaan menjadi sunyi sepi.Pilot tersebut mengucapkan terima kasih sambil kehairanan kenapa dia boleh kawal kawan dia yang gila seramai 59 orang yang lain walaupun dia sendiri yang gila.Lalu pilot itu bertanyakan kepada dia bagaimana dia boleh mengawal keadaan kritikal tersebut.

OK cuba anda fikir apa jawapan dari si dia ini??
Jawab k..esok atau lusa saya postkan jawapannya...TQ..

Tuesday, July 21, 2009

Israk Mikraj

Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratulmuntaha
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsiaNya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Israk mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya


Sekian dariku...

Saturday, July 18, 2009

Wajah-wajah ceria OC Unikl MIIT MSR 09

Cuba cari yang mana satu aku ek.....? hehehe..

Result: Malaysia 2 Manchester United 3

Haaa...td izhan baru je balik dari Bukit Jalil dengan member pergi tengok match antara Malaysia menentang Manchester United dalam siri Asian Tour 2009 ManUtd..Tapi kali ini izhan bangga sikit sebab Malaysia mampu memberi saingan sengit kepada ManUtd walaupun kalah tipis 3-2.Bebeza dengan sebelum ini yang begitu sedih dilihat.Namun hari ini Malaysia bermain agak yakin dengan semangat sepasukan yang jitu.Rentetan daripada perlawanan tersebut,Rooney berjaya menghasilkan gol pertama ManUtd pada minit ke 19.Selapas itu gol kedua ManUtd dijaringkan oleh Nani menjadikan ManUtd 2 Malaysia 0.Namun pada minit ke 45 Amri Yahyah menjaringkan gol pertama Malaysia.Pada separuh masa kedua,Amri sekali lagi menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke 52 menjadikan Malaysia 2 ManUtd 2.Perlawanan menjadi sengit dan pada minit ke 87 Michael Owen menjadi hero ManUtd apabila dia menjaringkan gol kemenangan ManUtd hasil kesilapan pertahanan Malaysia.Melihat kepada perlawanan ini,ramai penonton merasa bangga dengan permainan Malaysia hari ini keranan mampu memberi saingan sengit kepada ManUtd walaupun pada mulanya ketinggalan 2-0.Tahniah kepada Malaysia especially Amri Yahyah.So,adakah MARUAH pasukan bola sepak Malaysia kembali bersinar?? Fikir-fikirkan...Any komen?? sekian dari izhan....

Friday, July 17, 2009

Selesai sudah

Huh..capet bangat!! huhuhu training OC kat Pangkor Island dan MSR 2009 telah pun selamat selesai..Alhamdulillah MSR intake Julai 2009 kali ini adalah yang terbaik bagi aku..Budak-budak baru pun semua baik-baik.Kerjasama yang diberi cukup membanggakan aku..Errmm nanti izhan uploadkan gambar di Pangkor dan MSR..Kepada pelajar baru selamat datang ke Universiti Kuala Lumpur....

Saturday, July 4, 2009

Sah Tak?? Sah!! Sah2!! Sah! ツ

Imam: Aku nikahkan dikau Amirul Izhan Bin Ishak
dengan Nur***
berwakil wali akan bapanya
kepada aku dengan mas kahwin

Ringgit Malaysia 100 TUNAI....


Izhan: Aku terima nikahnya dengan Nur******
dengan mas kahwin
Ringgit Malaysia 100
TUNAI....


Imam: Sah Tak?? ツ

Saksi 1: Sah!!

Saksi 2: Sah sangat!!

Saksi 3: TERSANGAT sah!!!!!!!

*** hehehheheheheheehheh any komen???

Thursday, July 2, 2009

Design tag untuk JPM dan OC MSR 2009


Ermm,ni tag izhan design untuk JPM dan OC MSR UNIKL Julai 2009..

Tuesday, June 30, 2009

Fly ke Pangkor Island ツ

..
Minggu depan izhan akan fly ke pangkor island untuk jadi trainner
kepada OC-OC untuk student baru intake July ini.Semua Majlis Perwakilan Mahasiswa UNIKL diwajibkan.hehe xpe2..
Errr xsabar2 nak buli new student!!!

Friday, June 26, 2009

ツ You Raise Me Up ツ

1-When I am down and, oh my soul, so weary.
2-When troubles come and my heart burdened be.
3-Then, I am still and wait here in the silence.
4-Until you come and sit awhile with me.
5-You raise me up, so I can stand on mountains.
6-You raise me up, to walk on stormy seas.
7-I am strong, when I am on your shoulders.
8-You raise me up to more than I can be.

9-There is no life - no life without its hunger.
10-Each restless heart beats so imperfectly.
11-But when you come and I am filled with wonder.
12-Sometimes, I think I glimpse eternity.

Thursday, June 25, 2009

() Aku terfikir ()

1- Bila aku sibuk sekali pun aku layan dia jugak.
2- Aku cuma nak jaga hati dia je.
3- Sememangnya aku ikhlas demi kasihku padanya.
4- Sebab aku sayang kat dia.
5- Kadang-kadang terkilan sikit sebab dia kurang selami hati aku.
6- Tapi tak pe la..aku terima..walaupun kadang2 touching giler :’(
7- Sibuk kerja ku tak bermakna aku tak call dan sms dia.
8- Aku mesti kena call dia tanya khabar walaupun aku sibuk giler.
9- Huh!! Tak pe…aku kena berkorban untuk dia.
10-Anyway what happen,aku saaaaayaaaannggg dia!!

Monday, June 22, 2009

..: Aku Redha Dengan KetentuanMu Ya Allah :..

Usah disalahkan takdir yang melanda.Renung kembali sejarah silam.

Dengan membiarkan ku sendiri.
Ku terumbang ambing mengenal diri.Mujurlah Allah itu mengasihi.

Aku diberi arah petunjuk.

Berlindung dengan Allah.Menerus kehidupan.Ku mengenal makna.

Dosa dan pahala.
Dengan kehendakNya.Kau datang semula menghampiriku .

Dan aku terpaku.Hingga ku hilang tiap bicara.
Bukan ku menjauhi.Tetapi amat sukar sekali.Bila kenang kembali.

Aku disisih dan dibuang ke tepi.
Malah aku tidak dipeduli.Allah Maha Mengetahui.Yang ada dihati.

Biar Dia menentukannya.
Usah disalahkan takdir yang melanda.Renung kembali sejarah silam.

Ku redha dan sedia terima.
Yang tertulis dalam kehendakNya.

Saturday, June 20, 2009

: : TaGS : : Award dari Aishah Untuk Izhan


Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
1-Nama dia Nurul Aishah Binti Mohamad.
2-Ada jawatan dalam Perwakilan Mahasiswa(Setiausaha JPM MIIT)
3-Orang Besut..Suka makan budu.Demam kalau tak makan dalam sebulan.
4-Berkulit putih.Make-up semula jadi or tidak tu aku tak tahu!!
5-Bagus buat kerja sampai Prof Roslan (Dekan) sayang.huhu

Setiap blogger mesti menyatakan 5 fakta/5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

LIMA FAKTA tentang diri aku :
1-Berpersonaliti "Biru"( Sensitif,romantik,telus buat kerja dan banyak lagi)
2-Aku suka buat lagu dan menyanyi.
3-Seorang je anak lelaki dalam adik-beradik.Anak pertama pulak tu!
4-Selalu bersendiri bila tiada orang yang faham akan hati aku.
5-Aku ikhlas dengan setiap perkataan yang aku luahkan.Mungkin tak siapa tahu disebalik hatiku.

LIMA HOBI aku :
1-Suka menyanyi.
2-Melalak dalam bilik air.Serius aku tak main2!
3-Ermm suka drive sambil senyum kat kereta yang berhenti sebelah( Masa jam).
4-Ni pelik sikit..suka tengok kaki sendiri sebab kasut aku saiz 10/11 !!!
5-Suka tengok gambar Huda!!

Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
1-Huda ...dia ada 13 ekor kucing kat rumah! aku sayang sama Huda!!
2-Ika huhu ada banyak bintang ka blog dia..
3-ahsfantasy24 huhu aku tak tahu nama sebenar dia!!
4-Idafisa
ermm banyak warna dalam hidup dia..hehe
5-Ieda blog dia ni ceria..

Sekian Dariku!!



Thursday, June 18, 2009

: : Aku : :

Hari demi hari.Waktu demi waktu.Saat demi saat telah berlalu.Menyaksikan seribu onak halangan yang telah aku lalui demi meneruskan secebis rona kehidupan yang amat pedih bagiku.Tapi kenapa dan mengapa aku merasakan seolah aku telah tersungkur.Aku dah tidak terdaya lagi.Aku merasakan langkah ku akan terhenti.Aku terkaku dan lemah saat ini.Tiada siapa lagi yang dapat memberi kekuatan padaku.Liku-liku perjalananku seolah mengoncangkan perasaanku.Aku hanya insan biasa dan aku merupakan insan yang tidak terdaya lagi.Ya Allah jika diberi peluang maafkanlah semua insan yang pernah mengenaliku termasuk insan yang teramat ku sayangi.Harapanku semoga insan yang teramat ku sayang ini membaca secebis naluri hatiku ini.Agar dia mengerti bahawa aku insan yang lemah.

www.izhan-ceritahati.blogspot.com

Monday, June 15, 2009

: : Ku Pasrah Segalanya : :

Pernah hati ini terguris.Dengan fitnah dan tohmahan menghiris.Sehingga terasa diri ini hina.Kerana tiada siapa yang sudi membela.Ku tabahkan hatiku harungi hidup.Biarpun tiada siapa yang menemani.Keseorangan aku di laluan sepi.Ditinggalkan mereka yang ku percayai.Namun ku tahu ada hikmahnya.Setiap segala yang menimpa diri.Ku serahkan segala padaMu Tuhan.Kerana Engkau Maha Mengetahui segala apa yang terbuku dihati.Ya Allah tidak ku terdaya lagi.Menahan dugaan yang mencabar ini.Terasa bagai noktah telah ku temui.Mengakhiri yang telah ku mulai.Ya Allah Engkau lindungilah aku.Berkatilah daku dengan limpahan iman.Agar tabahku menghadapi dugaan.Dan tidak ku berhenti dipertengahan.Kini disini aku berdiri.Bersama harapan yang tulus suci.Agar terbitlah kembali mentari pagi.Setelah malam ku berkalut sepi....

Thursday, June 11, 2009

Rambut Izhan Lain Dari Yang Dulu ke?

Hehehe.huhuhu.hahaha.ermm izhan ubah rambut sikit.saje-saje.mood berubah.tapi kan3...ada orang cakap.rambut izhan ubah ni.macam rambut hafiz hamidun ex-UNIC.betul ker? Hek3..TQ3!!

Wednesday, June 3, 2009

Metafora By izhan( Hayati Dan Komen)

Metafora

Sekerat akar mampu ku hulur padamu
Disaat dikau terkapai dan kelemasan
Diarus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati diembunan pagi
Sewaktu kita melewati
Sebidang tanah perkebunan persahabatan

Tersasar aku didalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati
Mewangi yang tidak berduri

By IZHAN





Sunday, May 31, 2009

: : Saat-Saat Merenung Kehidupan Dunia : :

Ya Allah dimanakah diriku sekarang? Izinkan aku menggapai cinta hakikiMu..Kusedar akan kesilapanku..Izinkan aku bertaut pada kasihMu yang tiada tara...Amiiin

Putera-Puteri (Pengunjung Diminta Menghayati Kata-Kata Dibawah)

Engkau bagaikan mutiara berharga.Dalam sepi kau penyeri.
Dalam duka kau penawar.

Hadirmu menyinari rumah tangga.Mengapa harus derita yang kau cari.
Maruah kau pertaruhkan.Masa depan kau gadaikan.Mengalir airmata ayahbonda.
Remaja harapan keluarga.Putera puteri negara.Pewaris nusa bangsa dan agama.
Kembalikanlah nilai harga dirimu.Agar sempat kau tahu.
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu.Bangkitlah puteraku.
Dari lena yang panjang.Berjuang bagai pewira yang berjasa.

Bangunlah puteriku dari mimpi yang palsu.Pelihara maruah dan agamamu.
PadaMu Tuhan doa kami panjatkan.Teguhkan keimanan.Tetapkanlah pendirian.
Puteta puteri harapan masa depan.

By izhan Cerita Hati

Saturday, May 30, 2009

..: Ya Allah Ku Damba Cinta Dan Kasih SayangMu :..


Ya Allah.KasihMu ku damba.Cinta SejatiMu ku minta.Ku harap padaMu.Berilah sinar hidayah padaku.Ampunkanlah segala dosaku.Redhailah hidupku.Pimpinlah daku.Amiiiinnnnnnnnnnn.

Thursday, May 28, 2009

Perkongsian Dariku .: CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT :.


Dahulukala,si langit dan si laut saling jatuh cinta.Mereka saling
menyukai diantara satu sama lain.Oleh sebab tersangat suka si laut
terhadap si langit,warna laut sama dengan warna langit dan oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut,warna langit sama denga warna
laut.

Setiap kali senja mendatang,si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya,langit tidak
menjawab apa-apa,hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari,datanglah awan.Melihat kecantikan si langit,awan terus
jatuh hati terhadap langit,bak cinta pandang pertama.Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari,langit hanya
mahu melihat laut sahaja.Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari idea dan akhirnya mendapat satu akal.Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
diantara langit dan laut.Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat,angin meniup awan.Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian,sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit.Disebabkan rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit,awan menangis sedih.

Sehingga sekarang,kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan lagi.Kita juga dapat melihat dimana mereka menjalinkan kasih sayang.
Setiap kali memandang ke hujung laut,di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut,di situlah mereka sedang berpacaran.
TELADAN dari kisah ini ialah KESETIAAN dan KEIKHLASAN mengukuhkan CINTA dan KASIH SAYANG.Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.Jangan lupa komen lepas baca!!

By IZHAN Cerita Hati

Saturday, May 23, 2009

"" Lafaz Ku Yang Tersimpan ""

Sebelum Mata Rapat Terpejam Usah Biar Kehilangan Menggantikan Lafaz Yang Tersimpan


...Rintihanku PadaMu YA ALLAH...

Bismillahirrahmanirrahim,Ya Allah..

Jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang

yang melabuhkan cintanya PadaMu..Agar bertambah

kekuatanku untuk mencintaiMu..

Ya Muhaimin..

Jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati

seseorang yang hatinya tertaut padaMu..

Ya Rabbana..

Jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya

agar tidak berpaling dari hatiMu..

Ya Rabbul Izzati..

Jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang

yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah..

Jika aku menikmati cinta kekasihMu,

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan

indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihmu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia

kepadaMu..

Ya Allah..

Halalkanlah aku merindui kekasihmu..

Dan janganlah melupakan aku pada cinta

hakiki dan rindu abadi kepadaMu..

Amiiiinnn…


Kerana Cinta

Kerana Cinta...

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa merawat duka damai dijiwa

Terpadamlah api benci permusuhan terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan..

By: izhan Cerita Hati

Monday, May 18, 2009

Ketabahan Hati Itu Yang Ku Dambakan

Aku Dan Amir time UNIKL Open Day 2009

Sunday, May 17, 2009

: : Diriku Adalah Cerita Hatiku Yang Bertapak DiTinta Sanubari : :


: : Cerita Hatiku " Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih Illahi " : :

: : : Relaku Menunggumu Seribu Tahun Lama Lagi : : :


Wednesday, May 13, 2009

: : Aku Adalah Aku Sendirian : :

Monday, May 4, 2009

Sebuah Perkongsian Dariku

Saban hari silih berganti,umur semakin rancak menjalar namun diriku masih merasakan hidupku ini amat memerlukan dia..Ketika aku berada didalam sebuah hutan di Ulu Yam,aku merenung jauh kedalam air sungai sejuk diselaputi kabus pagi yang memutih itu.Taktala aku merenung,aku terpandang seekor ikan sedang memuncungkan mulut di permukaan air itu.Hampir tiga kali ia tercungap ke atas didepan mataku seolah-olah kelemasan tetapi hakikatnya ia hidup di alam air.Ikan ini seakan memanggil ku.Pelbagai tanggapan bermain dibenakku.


Saat itu aku berada disitu sambil mendengar lagu Pemergianmu memasuki cuping telingaku.Semakin dalam aku merendamkan kakiku yang sejuk-sejuk suam kaku,semakin laju ikan itu mencungapkan diri.Aku semakin hairan.Jikalau aku dianggap aku mengganggunya kenapa ia tak gigit atau melarikan diri aje?? Tapi aku terfikir..lalu aku menoleh kepada roti krim vanilla yang aku bawak tadi.Aku cubit sedikit roti lalu aku campakkan kapada ikan itu.Tapi sayangnya..aku melihat ketika ikan itu cuba mendapatkan cebisan roti itu tiba-tiba datang ikan-ikan lain menerpa ke arah ikan itu.Ditolaknya ikan itu sehingga ia tak dapat langsung cebisan roti itu.Melihat kejadian itu,aku mengulangi dengan mencampakkan lagi cebisan roti.Apa yang aku lihat perbuatan ikan-ikan itu sama seperti tadi.Setelah kenyang,ikan-ikan itu berduyun-duyun pulang tetapi ikan itu tetap berada disitu.Ia tidak lagi tercungap-cungap malahan ia naik ke permukaan air lalu merenung pada diri aku.Lebih kurang sepuluh minit juga ia merenung padaku.Aku dapat bayangkan perasaan atau cerita disebalik hati ikan itu.Masih mengharap simpati daripada aku taktala dipinggirkan oleh kawan-kawannya yang lain.Mungkin kita tidak dapat mengetahui hakikat sebenar yang tersirat tetapi aku mengambil kejadian ini sebagai iktibar dan ia mugkin ada persamaan dengan aku ketika aku dipinggirkan buat seketika.Wahai ikan keemasan yang cantik apa yang kau rasakan dalam hati kau,itu jua yang aku rasakan….Inilah hakikat sebenar…… Renung-renungkanlah………………………..

Friday, April 17, 2009

UniKL, Maju naik taraf IPTA dikaji -Berita Harian 17 April 2009

UniKL, Maju naik taraf IPTA dikaji

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) mungkin ditukar statusnya menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam usaha memantapkan pembangunan prasarana dan modal intelektual kedua-dua universiti swasta itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kaedah terbaik dan paling sesuai untuk menukar status UniKL dan Maju sedang dikaji selepas kedua-duanya secara rasmi dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi, kelmarin.

“Kita tidak menolak kemungkinan untuk menukar status dua universiti swasta itu kepada IPTA dalam usaha memastikan pencapaian dalam bidang pengkhususan yang ditawarkan akan dapat dimantapkan lagi.


“Jadi, perkara ini akan diteliti terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat. Yang pasti segala keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan sistem pengajian di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perancangan awal Kementerian Pengajian Tinggi selepas diberi tanggungjawab untuk mengambil alih UniKL dan Maju yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).

Thursday, April 16, 2009

UNIKL Jadi IPTA???


Universiti Kuala Lumpur telah diletakkan dibawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berkuatkuasa 15 April 2009 apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan semalam.
Menurut sumber berita,UNIKL tidak lagi berada dibawah naungan MARA.

Monday, April 13, 2009

Ni BUKTI IZHAN Tidak DiBAR...
















Bukti Jelas Lagi Nyata!! Nak tengok dengan lebih jelas klik pada gambar bukti di atas..Selamat tengok!!

Izhan DIFITNAH?? Kelakar la...

Salam ceria semua..Ni izhan nak kongsi skit...Kelakar betol la...Ada orang fitnah izhan...Tahu tak sape??Hahaha izhan tak nak lah sebut "nama orang tu" sebab korang semua dah bagi tahu kat izhan yang korang dah tahu sape dia orang tu..Bagus nampaknya semua dah tahu so izhan rilex sudah kan..Xde la orang ni kan dia cakap Project Management izhan kene bar...Btol ke?? Haha kelakar betol..Tu fitnah dia je.Memang nama izhan ada kat list tu..Izhan pun terkejut..Bila izhan siasat balik lecturer cakap dia tersilap keep in data.So lepas tu Izhan tanya Dekan and then dia cakap memang tersilap..So lantas dia CLEAR kan balik nama AMIRUL IZHAN bagi subject PROJECT MANAGEMENT.Buat apa nak malu sah2 izhan tak salah.Ye la kan..."Orang tu" xde modal asyik nak cari silap orang je..Silap sendiri yang bertimbun tak nak cari..Kan hodoh perangai tu betol tak?? Betol3 bak kata ipin..Nak tuduh tu siasat la dengan terperinci.So semua satu UNIKL dah tahu sape orang ni kan ter masuk management skali..Apa yang penting kita RILEX SUDAH!! BYE....

Friday, April 10, 2009




















Upload satu gambar kegemaran anda
Kenapa anda suka gambar ini?
Saat paling manis!!! masa ni izhan berjaya menawan puncak gunung Ledang.. Penat siotTtt!! Aku capet bangat!! TAPI!!!!! Dalam perjalanan menuju ke puncak,,,, aku lepak dengan PUTERI GUNUNG LEDANG!! Dapat cakap dengannya!! Cantik Siot!!!

Bila kali terakhir mkn pizza?
Dua minggu lepas masa hujan lebat n tengah buat blog untuk UNIKL arahan dari DEKAN..

Lagu terakhir yg anda dengar?
Lagu Harga Sekuntum Cinta ( IZHAN )
Insaf dengar lagu tu..

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Gayut and buat Project Management..

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Izhan,iz and kaizer!! heheehe ada makna!!

Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!

  1. chomey
  2. zikri The Jalanan Sepi
  3. alia-lili
  4. gadespink
  5. zulkarami
  6. sweet
Siapa no 1 pada anda;
Yang "tersayang" and parent..nak tiga gak walau macam mana pun!!

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
Artis....dirahsiakan nanti ada orang ramai yang benci aku wat baik dengan aku

Kata sesuatu berkenaan org no 5;
Dressing dia jer...

Bagaimana dgn org no 4?
Rilex suda!!

Siapa org no 2?
Orang yang bernombor dua la...