CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 4, 2009

Sebuah Perkongsian Dariku

Saban hari silih berganti,umur semakin rancak menjalar namun diriku masih merasakan hidupku ini amat memerlukan dia..Ketika aku berada didalam sebuah hutan di Ulu Yam,aku merenung jauh kedalam air sungai sejuk diselaputi kabus pagi yang memutih itu.Taktala aku merenung,aku terpandang seekor ikan sedang memuncungkan mulut di permukaan air itu.Hampir tiga kali ia tercungap ke atas didepan mataku seolah-olah kelemasan tetapi hakikatnya ia hidup di alam air.Ikan ini seakan memanggil ku.Pelbagai tanggapan bermain dibenakku.


Saat itu aku berada disitu sambil mendengar lagu Pemergianmu memasuki cuping telingaku.Semakin dalam aku merendamkan kakiku yang sejuk-sejuk suam kaku,semakin laju ikan itu mencungapkan diri.Aku semakin hairan.Jikalau aku dianggap aku mengganggunya kenapa ia tak gigit atau melarikan diri aje?? Tapi aku terfikir..lalu aku menoleh kepada roti krim vanilla yang aku bawak tadi.Aku cubit sedikit roti lalu aku campakkan kapada ikan itu.Tapi sayangnya..aku melihat ketika ikan itu cuba mendapatkan cebisan roti itu tiba-tiba datang ikan-ikan lain menerpa ke arah ikan itu.Ditolaknya ikan itu sehingga ia tak dapat langsung cebisan roti itu.Melihat kejadian itu,aku mengulangi dengan mencampakkan lagi cebisan roti.Apa yang aku lihat perbuatan ikan-ikan itu sama seperti tadi.Setelah kenyang,ikan-ikan itu berduyun-duyun pulang tetapi ikan itu tetap berada disitu.Ia tidak lagi tercungap-cungap malahan ia naik ke permukaan air lalu merenung pada diri aku.Lebih kurang sepuluh minit juga ia merenung padaku.Aku dapat bayangkan perasaan atau cerita disebalik hati ikan itu.Masih mengharap simpati daripada aku taktala dipinggirkan oleh kawan-kawannya yang lain.Mungkin kita tidak dapat mengetahui hakikat sebenar yang tersirat tetapi aku mengambil kejadian ini sebagai iktibar dan ia mugkin ada persamaan dengan aku ketika aku dipinggirkan buat seketika.Wahai ikan keemasan yang cantik apa yang kau rasakan dalam hati kau,itu jua yang aku rasakan….Inilah hakikat sebenar…… Renung-renungkanlah………………………..

0 comments: