CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Dariku


Di bulan ramadhan yang mulia
Kurniaan rahmat Allah berganda
Diampun segala dosa-dosa

Dihindari azab siksa

Berpuasa,bersedekah dan bermujahadah
Beriktikaf,bertadarus banyakkan amalan..


Ramadahan bulan yang penuh berkat
Anugerah Allah untuk semua
Dibuka setiap pintu syurga
Ditutupi pintu neraka


Kerahmatan,keampunan dan keredhaan
Keikhlasan,ketulusan dan keharmonian

Keimanan,ketaqwaan serta kehambaan

Menuju membangun hidup yang sempurna


Ramadhan menghampar kedamaian

Kembali kegembiraan insan
Disiang berpuasa malam beribadah
Penuh kesyahduan bertemu ketenangan

Dengan air mata tangis kekesalan
Menginsafi diri semua manusia sama tak berbeza


Pabila terdengar gema takbir
Diiring alun suara tahmid

Mengusik keheningan nur syawal

Bersemarak hari raya

Keriangan,keceriaan dan kegembiraan
Pengorbanan,pengabdian telah dibuktikan
Kemenangan,kejayaan menempuh dugaan

Yang amat bermakna untuk diraikan

Semaikan sifat berkasih sayang

Kepada insan yang tak berupaya

Hulurkanlah bantuan pada yang memerlukan

Sebagai tanda nikmat persaudaraan

Tiap pemberian pasti ada ganjaran

Itulah hikmahnya kita berhari raya
Usah diragui pada rezeki Tuhan
Apa yang diberi dirasai bersama

Bersyukurlah........


P/s: Coretan ikhlas dariku.Semoga ramadhan kali ini memberi seribu erti pada diri anda semua.

Tagged From Chomey!!


1) Copy award dan letak diblog anda
-Dah copy puuunnnn..

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini

-Chomey sangat2..
-Dia ni manja sangat...suka sangat!

-Seorang yang setia.
-Dulu suka biru tapi sekarang....OREN!!

-Ada cermin mata baru!!
-Dia sayang izhan!!

3) Setiap blogger mesti menyatakan seberapa banyak fakta/hobi diri sendiri
-Suka hasilkan lirik dan lagu
-Berkarya temanku dikala kesepian.

-Kesetiaan adalah diriku

-Suka warna oren dan biru.

-Ramai orang cakap aku ni romantik..MESTILAH!! hehehe


4) anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya
-Rifaiee
-Ieda
-Syafiq
-Emie Best
-Ika


Wednesday, August 19, 2009

Saat Di Lautan

Lautan Penawar Cerita Hatiku

Friday, August 14, 2009

Takziah.Perginya Ustaz Asri Rabbani Menemui Yang Khaliq.

Sehening pagi semalam yang kesejukan membungkus sanubariku,aku dikejutkan dengan sms yang menerjah ke skrin telefon bimbitku.Isi yang terkandung dalam sms itu membuatkan aku sebak seketika.Sms itu dikirimkan oleh adik Ustaz Asri vokalis utama kumpulan Rabbani yang menyatakan bahawa Ustaz Asri Rabbani telah kembali ke Rahmatullah.Aku tersentak seketika..Innalillahiwainnalillahirrajiuunn.Orang yang pernah berdamping dengan ku dan orang yang pernah mempersembahkan nasyid bersamaku dia pentas seni telah kembali menemui Yang Khaliq.Salam Takziah ku ucapkan.Pengorbanan beliau dalam memartabatkan nasyid di pentas seni amatlah disanjungi dan dihargai..Ya Allah tempatkanlah rohnya bersama para solihin..AMIINN..

Sunday, August 9, 2009

Keluarkan Bakat Kat Red Box Ria

Hurrmmm...lepas je abis class aku ajak member aku pergi karaoke kat Red Box Ria di SOGO.Lepas tension katakan..Saampai sakit tekak aku nyanyi.Nanti aku nak perform kat kampus plak.Aku nyanyi selamber jerr sebab dah pandai kan( Perrgghh berlagak plak huhu) tapi Rofizan member aku ni macho giler nyanyi..hahaha

Sunday, August 2, 2009

Hanya Takdir ツ

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita disini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Berbunga yang baru berputik
Berguguran disetiap detik
Dimana tanda setia sandaran
Dihimpit derita tiada siapa sedia membela

Biar terbatas langkah tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah semangat membara berapi
Biar tiap ruang darah mengalir perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa penentu segala hanyalah takdir...

p/s: Biar apa pun yang terjadi sesungguhnya ia hanyalah takdir..