CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 27, 2009

Cerita Paling HOT..!!

Haaa....izhan ada cerita hot pada hari ini.Memang sensasi giler la orang cakap.Nak tau tak apa ceritanya?? Ok izhan akan tulis cerita ini dan ada mesti baca sebab ia tersangat HOT!! Berikut adalah ceritanya:

Disebuah pulau kecil yang terletak di pantai Malaysia ada sebuah rumah jagaan khas untuk orang-orang gila seramai 60 orang.Pulau ini dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.Baru-baru ini,rumah khas tersebut telah terbakar tetapi semua penghuni(orang gila) terselamat.Disebabkan kejadian pihak cosultan telah besetuju memindahkan mereka ke sebuah pulau yang lain untuk sementara waktu.Pihak tersebut telah memindahkan mereka dengan sebuah pesawat besar Boieng 567 dan kesemua orang-orang gila tersebut berlepas dari pulau tersebut.Dalam pesawat tersebut,mereka seramai 60 orang itu hanya diawasi oleh 2 orang pilot sahaja.Bayangkan 2 orang nak kawal 60 orang gila apatah lagi 2 orang itu pilot.Dalam perjalanan pesawat menjadi huru-hara dan riuh-rendah disebabkan oleh orang-orang gila tersebut.Ada yang lompat,ada yang gigit pilot,ada yang nak drive pesawat.Hmmm..biasa la orang gila nak buat macam mana kan...Akibat keadaan yang tidak terkawal itu,maka 2 orang pilot itu menjadi tension sehingga pesawat itu kekadang gagal dikawal.Semua mereka tidak dapat dikawal lagi tetapi 1 orang daripada mereka duduk diam dan senyap.2 orang pilot tersebut kehairanan melihat 1 orang dari mereka hanya duduk diam dan nampak macam ok je..Dengan cepat pilot itu memanggil yang duduk diam itu.Apabila ditanya kenapa kamu tak macam kawan kamu yang lain dia menjawab otak aku matang sikit walaupun aku gila tak banyak.Mendengar jawapan itu,pilot tersebut memberi kepercayaan kepada dia untuk mengawal keadaan kawan-kawan dia yang lain.Dalam beberapa minit sahaja keadaan menjadi sunyi sepi.Pilot tersebut mengucapkan terima kasih sambil kehairanan kenapa dia boleh kawal kawan dia yang gila seramai 59 orang yang lain walaupun dia sendiri yang gila.Lalu pilot itu bertanyakan kepada dia bagaimana dia boleh mengawal keadaan kritikal tersebut.

OK cuba anda fikir apa jawapan dari si dia ini??
Jawab k..esok atau lusa saya postkan jawapannya...TQ..

Tuesday, July 21, 2009

Israk Mikraj

Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratulmuntaha
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsiaNya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Israk mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya


Sekian dariku...

Saturday, July 18, 2009

Wajah-wajah ceria OC Unikl MIIT MSR 09

Cuba cari yang mana satu aku ek.....? hehehe..

Result: Malaysia 2 Manchester United 3

Haaa...td izhan baru je balik dari Bukit Jalil dengan member pergi tengok match antara Malaysia menentang Manchester United dalam siri Asian Tour 2009 ManUtd..Tapi kali ini izhan bangga sikit sebab Malaysia mampu memberi saingan sengit kepada ManUtd walaupun kalah tipis 3-2.Bebeza dengan sebelum ini yang begitu sedih dilihat.Namun hari ini Malaysia bermain agak yakin dengan semangat sepasukan yang jitu.Rentetan daripada perlawanan tersebut,Rooney berjaya menghasilkan gol pertama ManUtd pada minit ke 19.Selapas itu gol kedua ManUtd dijaringkan oleh Nani menjadikan ManUtd 2 Malaysia 0.Namun pada minit ke 45 Amri Yahyah menjaringkan gol pertama Malaysia.Pada separuh masa kedua,Amri sekali lagi menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke 52 menjadikan Malaysia 2 ManUtd 2.Perlawanan menjadi sengit dan pada minit ke 87 Michael Owen menjadi hero ManUtd apabila dia menjaringkan gol kemenangan ManUtd hasil kesilapan pertahanan Malaysia.Melihat kepada perlawanan ini,ramai penonton merasa bangga dengan permainan Malaysia hari ini keranan mampu memberi saingan sengit kepada ManUtd walaupun pada mulanya ketinggalan 2-0.Tahniah kepada Malaysia especially Amri Yahyah.So,adakah MARUAH pasukan bola sepak Malaysia kembali bersinar?? Fikir-fikirkan...Any komen?? sekian dari izhan....

Friday, July 17, 2009

Selesai sudah

Huh..capet bangat!! huhuhu training OC kat Pangkor Island dan MSR 2009 telah pun selamat selesai..Alhamdulillah MSR intake Julai 2009 kali ini adalah yang terbaik bagi aku..Budak-budak baru pun semua baik-baik.Kerjasama yang diberi cukup membanggakan aku..Errmm nanti izhan uploadkan gambar di Pangkor dan MSR..Kepada pelajar baru selamat datang ke Universiti Kuala Lumpur....

Saturday, July 4, 2009

Sah Tak?? Sah!! Sah2!! Sah! ツ

Imam: Aku nikahkan dikau Amirul Izhan Bin Ishak
dengan Nur***
berwakil wali akan bapanya
kepada aku dengan mas kahwin

Ringgit Malaysia 100 TUNAI....


Izhan: Aku terima nikahnya dengan Nur******
dengan mas kahwin
Ringgit Malaysia 100
TUNAI....


Imam: Sah Tak?? ツ

Saksi 1: Sah!!

Saksi 2: Sah sangat!!

Saksi 3: TERSANGAT sah!!!!!!!

*** hehehheheheheheehheh any komen???

Thursday, July 2, 2009

Design tag untuk JPM dan OC MSR 2009


Ermm,ni tag izhan design untuk JPM dan OC MSR UNIKL Julai 2009..