Friday, January 23, 2009
Thursday, January 22, 2009
Camar Kelukaan
Disuatu ketika pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka kau pinta ku merawatinya
Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirkan kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula
Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa aku pergi bersama
Meronda arus terbang ke langit menggapai awan
Demi kasih sayang ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu bila panah menghujani kita
Apabila engkau merasa tercabar
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya
Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang
Semua ini satu ketentuan
Created By IZHAN
Posted by Izhan at 2:44 PM 0 comments
Friday, January 16, 2009
Dengarkanlah My Soundtrack Page Cerita Hati
Izhan baru je upload soundtrack lagu tema blog izhan iaitu Cerita Hati.Dengarkanlah semoga memberi kesan dihati anda semua...
Posted by Izhan at 11:12 AM 0 comments
Wednesday, January 14, 2009
Bilakah Damai
Mentari menangis disenja memerah
Bumi anbia' menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Asap senjata dan hanyir darah menyesak dada
Tubuh layu gugur bergelimpangan
Dintindih dalam kubur tanpa bernisan
Dihujung sana berjuta kelaparan
Didera wabak yang menyiksakan
Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang
Diwajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakan pula ayah kan pulang
Dia yang tak mengerti apa menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu menghiris kalbu
Bilakan terhapus kekejaman
Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Bilakan damai akan menjelang?
Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan
Posted by Izhan at 11:12 AM 0 comments
Tuesday, January 13, 2009
Ya Allah Selamatkanlah Bumi Palestin
Wahai sahabatku semua,ayuhlah bangkit berdoa kepada Allah agar selamatkan umat islam sesaudara kita di bumi palestin yang ditindas dan diperangi oleh kumpulan yang dilaknat Allah iaitu Rejim Zionis Israel atau Yahudi!!!! Hapuskanlah tenteranya...Kepada anda semua,kita di Malaysia harus lah berjihad memusnahkan mereka dengan memboikot barangan2 israel...Ayuhlah semua bangkit!!!!!!!!
Posted by Izhan at 1:39 PM 1 comments
Kekejaman Berterusan
KERETA kebal Israel mula memasuki sempadan Gaza, semalam dalam usaha rejim Zionis memperhebatkan misi tenteranya untuk menawan wilayah itu.
Posted by Izhan at 1:32 PM 0 comments
MSR 2009 Berlalu Dan Bermula Sesi Semester Januari 2009
Alhamdulillah MSR 2009 City Campus dah pun berlalu dan kepada pelajar baru selamat belajar di Universiti Kuala Lumpur.Gambar atas adalah gambar terakhir di MSR 2009 aku sebagai "OC"...
Posted by Izhan at 9:10 AM 0 comments
Friday, January 2, 2009
Selamat Datang Pelajar Baru Ke UNIKL 2009
Selamat datang ke Universiti Kuala Lumpur kepada palajar baru yang akan masuk pada Ahad 4HB Januari 2009.Aku sebagai Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa UNIKL merangkap ketua exco Perhubungan Seranta Dan Antarabangsa city campus akan ditugaskan pada hari tersebut.Pendaftaran akan dijalankan di city campus manakala orientasi akan berlangsung di Unikl Malaysia France Institute(MFI),Bangi Selangor.
Posted by Izhan at 2:04 AM 3 comments