UniKL, Maju naik taraf IPTA dikaji
Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) mungkin ditukar statusnya menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam usaha memantapkan pembangunan prasarana dan modal intelektual kedua-dua universiti swasta itu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kaedah terbaik dan paling sesuai untuk menukar status UniKL dan Maju sedang dikaji selepas kedua-duanya secara rasmi dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi, kelmarin.
“Kita tidak menolak kemungkinan untuk menukar status dua universiti swasta itu kepada IPTA dalam usaha memastikan pencapaian dalam bidang pengkhususan yang ditawarkan akan dapat dimantapkan lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perancangan awal Kementerian Pengajian Tinggi selepas diberi tanggungjawab untuk mengambil alih UniKL dan Maju yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).
2 comments:
kalau jadi ipta mesti byk masalah..loan MARA yg skrg ni senang diterima oleh pelajar2 UniKL mungkin akan diketatkan atau di tetapkan mcm IPTA2 yg lain
emm...ahh sudah..
Post a Comment