CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 17, 2009

UniKL, Maju naik taraf IPTA dikaji -Berita Harian 17 April 2009

UniKL, Maju naik taraf IPTA dikaji

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) mungkin ditukar statusnya menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam usaha memantapkan pembangunan prasarana dan modal intelektual kedua-dua universiti swasta itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kaedah terbaik dan paling sesuai untuk menukar status UniKL dan Maju sedang dikaji selepas kedua-duanya secara rasmi dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi, kelmarin.

“Kita tidak menolak kemungkinan untuk menukar status dua universiti swasta itu kepada IPTA dalam usaha memastikan pencapaian dalam bidang pengkhususan yang ditawarkan akan dapat dimantapkan lagi.


“Jadi, perkara ini akan diteliti terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat. Yang pasti segala keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan sistem pengajian di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perancangan awal Kementerian Pengajian Tinggi selepas diberi tanggungjawab untuk mengambil alih UniKL dan Maju yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).

Thursday, April 16, 2009

UNIKL Jadi IPTA???


Universiti Kuala Lumpur telah diletakkan dibawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berkuatkuasa 15 April 2009 apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan semalam.
Menurut sumber berita,UNIKL tidak lagi berada dibawah naungan MARA.

Monday, April 13, 2009

Ni BUKTI IZHAN Tidak DiBAR...
















Bukti Jelas Lagi Nyata!! Nak tengok dengan lebih jelas klik pada gambar bukti di atas..Selamat tengok!!

Izhan DIFITNAH?? Kelakar la...

Salam ceria semua..Ni izhan nak kongsi skit...Kelakar betol la...Ada orang fitnah izhan...Tahu tak sape??Hahaha izhan tak nak lah sebut "nama orang tu" sebab korang semua dah bagi tahu kat izhan yang korang dah tahu sape dia orang tu..Bagus nampaknya semua dah tahu so izhan rilex sudah kan..Xde la orang ni kan dia cakap Project Management izhan kene bar...Btol ke?? Haha kelakar betol..Tu fitnah dia je.Memang nama izhan ada kat list tu..Izhan pun terkejut..Bila izhan siasat balik lecturer cakap dia tersilap keep in data.So lepas tu Izhan tanya Dekan and then dia cakap memang tersilap..So lantas dia CLEAR kan balik nama AMIRUL IZHAN bagi subject PROJECT MANAGEMENT.Buat apa nak malu sah2 izhan tak salah.Ye la kan..."Orang tu" xde modal asyik nak cari silap orang je..Silap sendiri yang bertimbun tak nak cari..Kan hodoh perangai tu betol tak?? Betol3 bak kata ipin..Nak tuduh tu siasat la dengan terperinci.So semua satu UNIKL dah tahu sape orang ni kan ter masuk management skali..Apa yang penting kita RILEX SUDAH!! BYE....

Friday, April 10, 2009




















Upload satu gambar kegemaran anda
Kenapa anda suka gambar ini?
Saat paling manis!!! masa ni izhan berjaya menawan puncak gunung Ledang.. Penat siotTtt!! Aku capet bangat!! TAPI!!!!! Dalam perjalanan menuju ke puncak,,,, aku lepak dengan PUTERI GUNUNG LEDANG!! Dapat cakap dengannya!! Cantik Siot!!!

Bila kali terakhir mkn pizza?
Dua minggu lepas masa hujan lebat n tengah buat blog untuk UNIKL arahan dari DEKAN..

Lagu terakhir yg anda dengar?
Lagu Harga Sekuntum Cinta ( IZHAN )
Insaf dengar lagu tu..

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Gayut and buat Project Management..

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Izhan,iz and kaizer!! heheehe ada makna!!

Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!

  1. chomey
  2. zikri The Jalanan Sepi
  3. alia-lili
  4. gadespink
  5. zulkarami
  6. sweet
Siapa no 1 pada anda;
Yang "tersayang" and parent..nak tiga gak walau macam mana pun!!

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
Artis....dirahsiakan nanti ada orang ramai yang benci aku wat baik dengan aku

Kata sesuatu berkenaan org no 5;
Dressing dia jer...

Bagaimana dgn org no 4?
Rilex suda!!

Siapa org no 2?
Orang yang bernombor dua la...

Thursday, April 9, 2009

::: Harga Sekuntum Cinta :::

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA

By IZHAN

Monday, April 6, 2009

Selamat Tinggal Dunia

Assalamualaikum..Disini izhan nak mintak ampun pada semua kalau ada salah dan dosa.Pada mama,abah,adik2,semua family,kawan-kawan dan yang "tersayang" ampunilah daku.....


Selamat tinggal pada dunia

Sejahteralah aku di sampingNya
Selamat tinggal pada semua
Semoga berjumpa di sana

Kenangan dan harapan
Jangan dipersiakan
Bakarlah setanggi jiruskan bidara
Pasakkan kesan rindu di pusaraku

Dan cukuplah kematian
Jadi satu pengajaran
Bukan tangisan bukan ratapan
Darimu yang kuharapkan

Tapi lafaz keikhlasan
Doa tulus berpanjangan
Semaikan taqwa leraikan dosa
Oh sayang merantai jua

Duhai insan dengarlah sedarlah
Kembali segera pada redhaNya mohonlah keampunanNya
Kematian ku ini suatu tanda hidupmu hanya sementara...
Lailahaillallah..............

Monday, March 23, 2009

Lelah DiUsik Payah

Assalamualaikum...hmm ana nak kongsi sikit..Entah kenapa dua tiga hari ni ana rasa lain je...Tak tahu kenapa..Macam-macam bermain dibenak kepala..Sedih ada,sayu ada...Macam-macam lagi..
Adakah ana diuji??? Ya Allah bantulah hambaMu ini...

Kenangan Berlalu

Wednesday, March 11, 2009

Tugas Yang Perlu Dipikul

Monday, March 9, 2009

Penawar Hati

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati...

By IZHAN

Monday, February 23, 2009

..Terima Kasih Semua..

TQ kepada semua yang wish birthday kat izhan 22nd Feb 2009.Terharu jugak rase...ehehe ape2 pun thanks ya....Doa2 kan lah izhan dalam menempuh rona hidup yang penuh dugaan ini...

Wednesday, February 4, 2009

Nak duit??

Kalau nak duit jom join izhan..hanya bagi pandangan anda tentang perbincangan remaja. setiap pandangan anda akan dibayar..cuba la sekali..Saya dah cuba anda apa tunggu lagi!!! untuk daftar tekan gambar logo Youthsays dibawah..Free jer...Do it Now!!

: : Cerita Hatiku : :

: :Buatmu: :

Buatmu

Deras deru angin menghembus

Selangi helaan nafas ku

Seakan tahu betapa sayangnnya

Diriku pada dirimu

Ku ciptakan melodi indah

Untuk menyatakan rasa hati ini

Ku lagukan ianya buatmu

Cuba lihat aku disini

Disini ada aku yang cinta padamu

Betapa ku sayang padamu

Inginku julang hatimu sesaatku

Selagi helaan nafasku berdetak

Cuba lihat aku disini

Disini ada aku yang sayang padamu

Lagu ini ku ciptakan

Dari hatiku buatmu

Tulus zahir dan batinku

Datanglah padaku katakan I Love u…

Producer : izhan

Lagu: izhan

Lirik : izhan

Terbitan Cerita Hati Production dan Dainurii

Friday, January 23, 2009

Sesi Fotografi JPM

Thursday, January 22, 2009

Camar Kelukaan

Disuatu ketika pernah kau hinggap ke sisiku

Sayapmu terluka kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan

Aku mencari segala penawarnya

Kau bagai dilahirkan kembali ke dunia nyata

Kau terbang semula


Kemuncak yang ingin kau tawan

Itulah jua yang ku impikan

Kau bawa aku pergi bersama

Meronda arus terbang ke langit menggapai awan


Demi kasih sayang ada harga perlu dibayar

Ku menjadi perisaimu bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar

Kau anggap aku menjadi sainganmu

Tidakkah engkau menyedari persamaan kita

Hanya camar maya


Biarkan aku terbang melayang bersendirian

Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Semua ini satu ketentuan


Created By IZHAN

Friday, January 16, 2009

Dengarkanlah My Soundtrack Page Cerita Hati

Izhan baru je upload soundtrack lagu tema blog izhan iaitu Cerita Hati.Dengarkanlah semoga memberi kesan dihati anda semua...

Wednesday, January 14, 2009

Bilakah Damai

Mentari menangis disenja memerah
Bumi anbia' menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Asap senjata dan hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Dintindih dalam kubur tanpa bernisan
Dihujung sana berjuta kelaparan
Didera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang
Diwajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakan pula ayah kan pulang

Dia yang tak mengerti apa menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu menghiris kalbu
Bilakan terhapus kekejaman

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Bilakan damai akan menjelang?

Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan


Tuesday, January 13, 2009

Ya Allah Selamatkanlah Bumi Palestin

Wahai sahabatku semua,ayuhlah bangkit berdoa kepada Allah agar selamatkan umat islam sesaudara kita di bumi palestin yang ditindas dan diperangi oleh kumpulan yang dilaknat Allah iaitu Rejim Zionis Israel atau Yahudi!!!! Hapuskanlah tenteranya...Kepada anda semua,kita di Malaysia harus lah berjihad memusnahkan mereka dengan memboikot barangan2 israel...Ayuhlah semua bangkit!!!!!!!!

Bilakan Damai???




















Gambar kekejaman Israel.Klick gambar ini untuk lihat lebih detail.

Kekejaman Berterusan














KERETA kebal Israel mula memasuki sempadan Gaza, semalam dalam usaha rejim Zionis memperhebatkan misi tenteranya untuk menawan wilayah itu.

MSR 2009 Berlalu Dan Bermula Sesi Semester Januari 2009














Alhamdulillah MSR 2009 City Campus dah pun berlalu dan kepada pelajar baru selamat belajar di Universiti Kuala Lumpur.Gambar atas adalah gambar terakhir di MSR 2009 aku sebagai "OC"...

Friday, January 2, 2009

Selamat Datang Pelajar Baru Ke UNIKL 2009




















Selamat datang ke Universiti Kuala Lumpur kepada palajar baru yang akan masuk pada Ahad 4HB Januari 2009.Aku sebagai Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa UNIKL merangkap ketua exco Perhubungan Seranta Dan Antarabangsa city campus akan ditugaskan pada hari tersebut.Pendaftaran akan dijalankan di city campus manakala orientasi akan berlangsung di Unikl Malaysia France Institute(MFI),Bangi Selangor.

Monday, December 29, 2008

Rahsia Hati

InsyaAllah izhan dalam proses menghasilkan lirik dan lagu terbaru yang berjudul RAHSIA HATI..Nanti izhan kan postkan...

Saturday, December 27, 2008

Kasih Belum Termiliki

Dengan lagu tema blog izhan ini yang berjudul "KASIH BELUM TERMILIKI" harap ia terkesan dalam titisan sanubari anda semua..Dengarkanlah.......... -tunggu beberapa saat while loading-

Saturday, December 20, 2008

Erti Sebuah Pemergian

:::Erti Sebuah Pemergian:::

Terimalah lirik terbaru daripada izhan...


Sekian lama kau ku nanti

Bak sang pelangi menanti sang mentari
Bukanlah bayangan tetapi sanubari
Dirimu yang kucari

Pabila mentari menangis di senja memerah
Bila awanan kelabu berarak resah
Bila beburung berkicauan pasrah
Memahami sendu hati resah gelisah

Tuhan...
Leraikanlah hiba dihatiku
Pujuklah sekelumit sanubariku
Tadahkan air mata keharuanku
Dia telah pergi meninggalkan ku

Oh Tuhan...
Ku gapai segalanya darimu
Pujuklah hatinya untukku
Dituruti rasa tidak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa

Hanyalah dirimu yang ku harapkan
Hanyalah kasihmu yang ku pintakan
Hanyalah cintamu yang ku dambakan
Kasihku...


Lirik:izhanDainurii
Dainurii Copyright

Izhan Akan Dapat Hadiah Kereta Baru dari Mama & Abah!!!

Alhamdulillah tak lama lagi izhan akan dapat kereta baru hadiah dari mama and abah.Eeee sukanya!!! Senang nak pergi campus.. Ermm semalam izhan dah pergi dengan mama and abah tengok kereta tu.Memang cantik design luar dan dalam.Warna Tangerine Orange metalic (auto).Izhan akan wat tempahan pada januari ini kerana nak tunggu interest turun.Sebab tahun 2009 interest akan turun.Ni semua kerana ekonomi dunia yang semakin meleset.Walaupun mama cakap ni hadiah untuk izhan tapi izhan akan bayar balik jugak nanti..hehe anak baik la katakan...no plat dalam perancangan "CCJ 2202" 2202 ni tarikh lahir izhan.Kene rebut la tender plat ni..Pape pun bila kereta tu dah sampai izhan akan postkan gambar kereta tu.Tunggu dan lihat apa kereta izhan yer!! suprise!!

Thursday, December 18, 2008

>>...Tinta Bingkisan Cahaya...<<

""Hanyalah Sanubariku""

Wednesday, December 17, 2008

Bila Cahaya Bertamu

-:::Cerita Hati:::-

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersiksa didada
Pantai permainan
Jalanan yang panjang bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa tiada bersempadan

Pada awan biru
Ku melakar kata-kata
Pada langit cerah
Ku panah semua cerita
Dengarlah mentari
Suara hatiku menyanyi
Berterbangan jiwa merentasi pelangi

Mungkinkah ada esok
Untukku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Gerimis menitis gugur membasihi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga..

Tuesday, December 16, 2008

Kenapa Dan Mengapa.....???? Kasih Tuhan Ku Dambakan

Ya Allah kau bantulah hamba Mu ini..Hebat btol dugaan yang Kau berikan..Aku tak terdaya ya Allah..aku tersungkur manadah linangan air mata rona..Pimpinlah tanganku meneruskan hidup di dunia yang penuh kepura-puraan ini.Ku menggapai segalanya tapi ku tak berdaya..aku lemah ya Allah......Kasih sayangMu Tuhan itu yang ku Dambakan......
Baca posting kat bawah ni yer......

-Sehening Pagi Sejenak Bicara Bersulam Kesedihan-

Kepada semua,izhan ada menawarkan khidmat buat lirik lagu dan kata2 untuk dijadikan renungan.Siapa2 yang nak suruh buat sent je dalam chat box tuh..Free je izhan tak ambik bayaran pun..izhan sebenarnya nak kembangkan kelebihan seni izhan untuk buat lirik dan jadi penerbit lagu saat2 masa lapang je..TQ!
Terimalah kesekian kali yang izhan buat..


)': ...Kesekian Kali... :'(

Kesekian kali
Kini ku berdiri
Tulus hati di hadapan mu
Masih terus merayu dengarkan aku

Jalan yang berliku sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami

Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya yang akan membara
Menjadi penerang segala yang di depan mu

Lihatlah jua ke hatiku
Akulah temanmu terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini

Kesekian kali kini ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinan mu
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi

Monday, December 15, 2008

--Selamat Datang Ke Blog Izhan--

Salam..Terima kasih kerana menjenguh seketika blog izhan yang berselerak sikit ni.Bukan apa sebenarnya izhan baru je buat blog personal ni.Tak tersusun pun lagi.Nanti izhan susun dengan lebih teratur.Hanya masa saja yang dapat merubah segala-galanya..Thanks kepada semua dan komen2 la dalam chat box yer..TQ!!

Renungilah..Lihatlah Ke Dalam Hatimu......

-Engkaulah Dainurii Ku-

-With Hafiz Hamidun at Akademi Nasyid TV9-

-Memori 2008-